Friday, October 22, 2010

gua bujangan bukan bajingan

for the first time in my life,
gua cucuk kad atm cimb ngan bsn,
tekan2 pin dengan penuh pengharapan.
mintak2 dia muntahkan balik duit merah ke,
hijau ke.
tapi yang keluar:



maaf, baki anda tidak mencukupi.





ini barula bujanggg!!!

i am very sorry

for the ignorance.

i just.

felt sorry 

and guilty.

forgive me


Monday, October 11, 2010

jangan baca jika anda kepoh

gambar ni aku sedut dari blog chapoi.
ehh kat tepi tu ada muka abg naufal facee MAS




1)  STYLO SIALL!!!!!! rase macam nak berguru ngan diorang. tolong la tolong la. nak belajar ngan korang niiii.

2) aku nak boikot utusan malaysia lepas nih. manje dener mcm ta-alif-ha-ya. kene prank sikit nak ngadu kat satu dunia.

3) selayaknya mana2 budak IPTA ke, IPTS ke, local ke, overseas ke, underground ke, MASUK DALAM SALAM PERANTAU (yang Utusan bajet hot sangat tu). kitorang semua perantau la derr. jangan nak tafsir budak2 oversea je boleh dikira perantau.

4) ayat author tu cam swine okeh. macam ko tak biasa exaggerate kan? eh, tu bukan memang keje korang ke?

5) diorang bukan nak tipu. diorang sebenarnya nak test kredibiliti akhbar2 kat msia nih. kalau korang yakin gambar tu datang dr dlm msia, yang korg publish tu pehal? bukannye korg takleh reject mende2 fraud kan? lain kali jangan la publish mana2 material secara memBABI BUTA. ye la, sapela korang kan nak verify gambar2 yg korg terima tu kan? korang kan bizi. banyak lagi cerita2 menuduh dan provokasi yg korg nak publish kan?

6) hamboi. kalau budak2 U lain isap dadah la, boncetkan anak dara orang la, dan juga kejadah2 lain ada ke korang sebut nama U tu terang2? kalau ada takpela. fair and square. kalau takde, cam swine gak la kan keadilan yang ada di situ. agaknye kalau yutipi @ petonas suap kampeni lu beribu2 hingget, baru lu nak tutup mulut ea?. desperate. 




eh ni blog aku la. tempat aku komen dan bagi pendapat aku. kalau tak setuju jangan baca. lupekan aje. pangkah la window nih. ni bukan hasutan. aku tak hina kerajaan.  jangan sebab aku tulis mende nih, tak pasal2 aku kene tahan ISA. camharem la.

astaghfirullah. banyak sungguh aku mencarut hari ni. ampuni dosaku ya Rabbi. aku hanya hamba yang lemah, tak lepas dari melakukan khilaf. 




Saturday, October 9, 2010

macam bodoh

kept trying hard to mend the pieces of my broken heartttttt








(sila nyanyi lagu gloria gaynor ini dengan suara sengau. haha)

Friday, October 8, 2010

Apa Orang Cakap dan Apa Aku Kata

#1
ORANG CAKAP AKU GANAS. AKU KATA SEBENARNYA AKU PEMALU

setuju. selalunye orang akan notice yg aku ni selalu mencarut dan pukul orang.
hei. bukannye dasat sgt pon aku carut. stakat bodoh bengong je.
kadang2 bullshit. to pon paling maximum.
sebenarnye aku carut @ pukul  pon
kepada orang tertentu, pada waktu tertentu dan atas sebab tertentu.
padahal carutan dan pukulan itu semua bagi aku hanyalah sebuah ekspresi emosi
harhar.
sebenarnye aku pemalu.
seriuss. aku nak order air kat kedai makan pon malu sebenarnye.
tu tak campur nak request size baju kat kedai lagi,
bla bla bla..


#2
ORANG CAKAP AKU IRONWOMAN, AKU KATA SEBENARNYA AKU CHILDISH

ceyy. kembang la kejap. biaselaa.
mana pernah orang kata aku kuat. haha
stakat ni aku tak pernah lagi beradu kekuatan dengan penTomoi siam segala mak nenek.
so aku tak tau la kekuatan aku tu.
tapi aku kuat la jugak kan.
tumbuk torso moghul, zaza, red dan lain lain.
sakit kan?
yang sebenornye,
aku ni sangatla childish.
makan kene panggil, tido kene belai, (ceh belai konon. wakk lu.)
aku suka manja manja, gedik gedik ngan mbok and dedi.
har har.
tak sesyuai nyah!

#3
ORANG CAKAP AKU DENER, AKU KATA SEBENARNYA AKU KENTANG

ye la. aku suke nangis bila ada gangguan.
ala, bukan nangis pon sebenonye. membasahkan biji mata jeee.
pastu aku susah buat decision sendiri laaa
merengek2 laa. 
bla bla bla
padahal aku ni kentang gila kot. bukan kentang yang gila. kentang gila. kentang sungguh.
haha.
mana pernah femily aku beraya pakai simen?
mana pernah diorang kejar pencuri telepon yg lahanat?
har har har

#4
ORANG CAKAP AKU LUZER, AKU KATA......























ye aku memang luzer.

Friday, October 1, 2010

ini adalah wasiat.

errr. boleh je kan kalau nak buat wasiat?
ke kene officially register kat unit trust ke hape mende ntah?
aahhh.
tak kesah. janji aku nak tinggalkan pesanan kepada sesapa yang baca.
andainya aku pergi dulu sebelum korang.
mende ni akan aku update dari masa ke semasa
bergantung pada ape yang terlintas kat fikiran aku,
kalau korang rasa ngarut, buat je.
jangan cakap banyak
nanti hantu aku datang cekik kau,
hahaha

no 1.

semua pakaian aku termasuk seluar jeans,
kecuali baju kurung, jubah dan telekung harus dibakar sampai jadi debu.

reason:
baju aku nih tak berapa menutup aurat.
so kalau family aku kasi kat orang lain, pastu org tu pakai,
pastu kira macam saham tak tutup aurat tu pon masuk dalam akaun akhirat aku.
so aku taknak la dah mati pon dosa mengalir laju je dalam kubur tu.
lain la kalau pahala jariah yang mengalir laju. baru nyaman sikit hidup kat alam barzakh tu.
kenapa jubah, telekung ngan baju kurung tu jangan dibakar?
haaa. yang tu sila sedekah kat orang yang nak pegi menuntut ilmu.
kerana mende2 tu kat org pakai buat ibadat,
so secara tak langsung aku dapat la share dia sikit2.

no 2.

duit aku dalam akaun AMbank, tabung haji, CIMB, ASB, BSN, riverbank, tyra bank bla bla tu.
clearkan dan donate sepenuhnya kepada pembinaan masjid.

reason:
kalau bagi kat sedara mara,
ada tendency untuk duit aku digunakan untuk berjoli.
aku tak suka itu.
nak berjoli sila cari duit sendiri.
jangan joli pakai duit orang mati. tolong la.
pastu lagi satu, nak buat masjid tu, bukan masjid untuk pelancongan eh.
ni masjid betul2 utk ibadat.

no 3.

bila teringat kat arwah aku,
sila sedekah alfatihah.
jangan duk nangis2 meraung keluar hingus kaler hijau ape sume.

reason:
nanti roh aku tak aman kang.

no 4.

tolong bagitau kat mbok, dedi, abang, kak yuni, kekda, wang, pih, nazmi, naim,
aku sayang diorang until eternity.
: )